Sunday, May 8, 2011

Kerana dia ibuku......

Assalamualaikum



Kepada semua ibu-ibu di dunia dan ibu saya khasnya, saya ucapkan SELAMAT HARI IBU!

buat EMAK saya, Rosnani, ehhh...sekarang dah Hjh.Rosnani Mustapha..hehe, you are the best mom!

mak, TERIMA KASIH kerana melahirkan saya. semasa kecil, tak pernah saya fikir susah payah mak menjaga dan mendidik saya..tak pernah saya fikir akan perasaan mak, apakah hidup mak gembira atau tidak..tak pernah saya fikir betapa penat dan susahnya mak menjaga kami adik-beradik. saya...orang yg pernah buat mak menangis disebabkan sikap saya. saya sering melukakan hati mak..maafkan saya

tapi, saya BERTERIMA KASIH mak...sebab mak pernah rotan saya, mak marah2 saya, mak pernah tak pedulikan saya..mak buat begitu kerana mak sayang saya, tapi saya tak mengerti, saya cuma tahu memberontak. dulu waktu kecil2, memang saya tak faham kenapa saya asyik dimarahi, kenapa saya tak dimanja seperti anak orang lain? setelah saya semakin besar, baru saya faham..mak lebih tahu kenapa mak perlu marah saya, mak lebih tahu apa yg terbaik untuk saya.

mak pesan, belajar bersungguh-sungguh supaya nanti hidup senang. kerana mak, alhamdulillah, saya cemerlang dalam upsr, pmr dan spm...sehinggalah sekarang saya sudah beada di pusat pengajian tinggi. saya bersyukur, kerana mak, saya menjadi diri saya sekarang..dan saya sedar nilai seorang IBU... mak, SAYA SAYANG MAK!


she's the one and only



kepada insan yg bergelar ANAK pula, sayangilah ibu kita yg telah banyak berkorban untuk kita. kalau kita fikirkan, memang tak terhitung pengorbanan ibu..pernah tak kita fikir, ibu amat bersusah payah untuk memenuhi apa yg kita nak..apa kata kita pula berikan mereka apa yg mereka mahu-kejayaan, akhlak yg baik..dan yang penting, sentiasa mendoakan mereka..



# anggaplah hari-hari ialah hari ibu~ =)

1 comment:

  1. eh.. ini kak long saya.. hahahahaha..

    Yah, balik kg bilo...?

    ReplyDelete